Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026Sertai komuniti host

Sistem pengurusan homestay dan bilik sewa

UrusPro ialah sistem pengurusan homestay dan bilik sewa di Malaysia. Kalendar tempahan dengan sync Airbnb, tempahan terus, bayaran, bil sewa dan deposit. Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026, kemudian dari RM 3 sebulan. Tiada komisen.

Tiada kad kredit diperlukan. Berhenti bila bila masa.

15 minit

Sync kalendar OTA

Percuma

Semua listing hingga 31 Disember 2026

RM 3

Sebulan setiap bilik sewa

0%

Komisen setiap booking

Bagaimana HelloStay dan UrusPro berfungsi bersama?

Filem 1 minit 42 saat: tetamu menempah di HelloStay, anda luluskan dalam UrusPro, bayaran terus ke akaun anda, kod pintu dihantar sendiri, kalendar, tugasan dan sewa bulanan.

Masalah yang anda tidak perlu hadapi lagi

  • Dulu

    Dua tetamu tempah tarikh yang sama dari Airbnb dan WhatsApp.

    Dengan UrusPro

    Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dengan Airbnb dan Booking.com setiap 15 minit. Tarikh ditutup sebaik tempahan disahkan.

  • Dulu

    WhatsApp jadi pejabat 24 jam: cara check in, minta resit, tanya bil.

    Dengan UrusPro

    Tetamu dan penyewa ada portal sendiri untuk tempahan, bil, resit dan arahan check in.

  • Dulu

    Hujung bulan: telefon penyewa satu-satu tanya sewa.

    Dengan UrusPro

    Bil bulanan terbit sendiri ikut jadual, dan lejar sewa tunjuk siapa sudah bayar dan siapa tertunggak.

  • Dulu

    Deposit RM 500 penyewa lama, sudah pulang atau belum?

    Dengan UrusPro

    Deposit direkod berasingan untuk setiap penyewa, dari masuk hingga dipulangkan.

  • Dulu

    Setiap tempahan di OTA potong yuran platform.

    Dengan UrusPro

    Laman tempahan anda sendiri, tetamu tempah terus tanpa komisen setiap tempahan.

  • Dulu

    "Bumbung bocor" tenggelam dalam kumpulan WhatsApp.

    Dengan UrusPro

    Permintaan penyelenggaraan dengan gambar dari portal, dengan status yang penyewa boleh lihat.

Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026

Bukan hanya listing pertama: setiap listing anda, disubsidi oleh komuniti host UrusPro. Tiada kad kredit. Mulai 1 Januari 2027, listing pertama kekal percuma dan harga early bird RM 10 sebulan setiap listing homestay, RM 3 setiap bilik sewa.

UrusPro kini di Android

Luluskan tempahan, kejar sewa dan sekat tarikh dari telefon. Akaun yang sama dengan laman web, semua data kekal selari.

  • Hasil, penghunian dan saluran dalam RM, sekali pandang
  • Peringatan sewa melalui WhatsApp dengan satu ketik
  • Kalendar, tugasan dan kunci pintar di satu tempat

iPhone: akan datang di App Store

Aplikasi UrusPro di telefon: papan pemuka hasil tempahan dan kalendar homestay

Semua yang anda perlu untuk urus rumah anda

Tak perlu lagi lompat antara spreadsheet, chat WhatsApp dan dashboard OTA. UrusPro kumpulkan semuanya.

Laman booking sendiri

Laman anda di o/nama-brand dengan logo, gambar dan terma anda sendiri.

Calendar sync

iCal dua hala dengan Airbnb, Booking.com dan Agoda. Tiada lagi double booking.

Pembayaran online

Kad, FPX dan DuitNow QR, dengan deposit, refund dan resit automatik.

Operasi harian

Tugasan cleaning dan maintenance terbina sendiri selepas check-out, terus kepada team anda.

Team dan akses

Jemput admin, staf dan vendor dengan tahap akses yang betul.

Laporan

Occupancy, pendapatan, ADR dan prestasi setiap channel dalam satu papan pemuka.

Model tanah liat meja kecil homestay dengan kad kod QR berbingkai, penyangkut pintu, helaian kertas dan kunci rumah

Papan tanda homestay percuma, sedia untuk dicetak

Isi nama rumah dan WiFi, kemudian cetak 13 helaian A4. Tiada akaun diperlukan.

  • WiFi dengan kod QR untuk diimbas tetamu
  • Senarai check-out, peraturan rumah dan nombor penting
  • Penyangkut pintu, ucapan selamat datang dan label bilik
Buat papan tanda percuma

Mula dalam tiga langkah

  1. 1

    Daftar dan tambah unit anda

    Masukkan rumah, bilik atau katil satu-satu, atau import banyak unit dan penyewa sekali gus dari satu fail CSV.

  2. 2

    Sambung saluran dan bayaran

    Tampal pautan iCal Airbnb atau Booking.com, dan hidupkan bayaran FPX dan kad melalui Billplz atau CHIP.

  3. 3

    Terima tempahan dan kutip sewa

    Kongsi laman tempahan anda. Penyewa log masuk dengan nombor telefon untuk lihat bil dan bayar.

Terlalu sibuk? Pasukan kami boleh setup untuk anda, RM 50 setiap rumah. Cakap dengan kami dulu

Dibina untuk operator, bukan untuk OTA

Kami bekerja dengan operator homestay di seluruh Malaysia. Platform ini ikut cara anda betul betul urus perniagaan: sewa harian, sewa bulanan dan sewa jangka panjang, lengkap dengan alat operasi di belakangnya.

  • Guest anda, brand anda, data anda.
  • Yuran lebih rendah daripada OTA. Lebih banyak kekal dengan anda.
  • Team sokongan tempatan di Malaysia.
  • Sokongan berbilang organisasi untuk pengurus hartanah.
Meja operator homestay dengan laptop menunjukkan kalendar, kunci rumah, resit dan tiga model rumah kecil

Brand anda

Laman organisasi sendiri

Selamat

Data setiap organisasi berasingan

Laju

Dihos di edge, dekat dengan pengguna

Terkini

Dibina untuk pasaran Malaysia

Bayar ikut listing, bukan ikut tempahan

Semua listing percuma sehingga 31 Disember 2026, kemudian listing pertama kekal percuma. Tiada komisen, tiada bayaran tersembunyi.

  • Bilik sewa

    Early bird

    RM 3

    setiap bilik atau katil, sebulan

    RM 5 harga biasa

  • Homestay

    Early bird

    RM 10

    setiap listing harian, sebulan

    RM 19 harga biasa

  • Homestay dan sewa

    Early bird

    RM 13

    setiap listing untuk kedua-duanya

    RM 25 harga biasa

Banyak unit? Enterprise RM 800 setahun untuk listing tanpa had (harga biasa RM 1,500).

Soalan yang owner selalu tanya

Ada soalan lain? Tanya kami

UrusPro ialah sistem pengurusan untuk owner homestay dan tuan rumah bilik sewa di Malaysia: kalendar dan sync iCal, tempahan terus, bayaran, bil sewa, deposit, resit, operasi harian dan laporan dalam satu tempat.

Sedia untuk kembangkan homestay anda?

Sertai operator yang sudah urus unit mereka di UrusPro.