Fungsi

Setiap alat untuk anda jadi host secara profesional

UrusPro menjalankan sepuluh bahagian operasi anda: kalendar dan iCal, laman tempahan sendiri, sewa jangka panjang, bayaran dan resit, operasi harian, harga bermusim, ejen operasi, laporan, kunci pintar dan peranan pasukan. Semuanya dalam satu akaun, dalam ringgit, untuk operator di Malaysia.

Listing pertama percuma. Tiada kad kredit.

GantikanKumpulan WhatsAppFail ExcelBuku resitKalendar berasinganUrusPro

Dapatkan tempahan

Tempahan masuk, tanpa double-booking

Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dengan Airbnb dan Booking.com, dan laman tempahan anda sendiri untuk tetamu yang mahu tempah terus.

  • Sync setiap 15 minit
  • Tiada komisen
  • Harga hujung minggu dan musim
  • Import iCal berjadual setiap 15 minit, bukan hanya apabila anda membuka halaman.
  • Tempahan langsung, tempahan saluran dan sewa jangka panjang duduk atas kalendar yang sama.
  • Tempahan terus dengan bayaran atas talian atau bayaran manual yang direkod.

Dibayar

Dibayar tepat masa, dengan dokumen siap

Tetamu dan penyewa bayar dengan FPX atau kad. Bil bulanan terbit sendiri, dan setiap bayaran ada resit berkepala surat anda.

  • FPX dan kad
  • Bil bulanan automatik
  • Resit PDF
  • Bayaran atas talian melalui Billplz atau CHIP, meliputi FPX dan kad.
  • Invois dan resit PDF dengan kepala surat, logo dan tandatangan organisasi.
  • Bil bulanan dijana mengikut jadual, bukan ditaip semula setiap bulan.

Operasi harian

Operasi berjalan tanpa perlu kejar orang

Tugasan cleaning terbit selepas checkout, ejen operasi menyemak masalah setiap hari, dan kod pintu dijana untuk setiap tempahan.

  • Tugasan selepas checkout
  • Semakan harian
  • Kod pintu TTLock
  • Tugasan cleaning terbit automatik selepas checkout.
  • Jalan sendiri setiap hari pada waktu pilihan anda, atau jalan bila anda tekan.
  • Kod masuk dijana per tempahan, terikat pada tarikh menginap.

Laporan dan pasukan

Nampak nombor anda, kongsi dengan pemilik

Tujuh laporan dengan eksport CSV, penyata dan portal untuk pemilik unit, dan peranan untuk staf supaya setiap orang nampak apa yang perlu sahaja.

  • 7 laporan
  • Portal pemilik
  • Peranan staf
  • Tujuh laporan, termasuk rent roll dan pendapatan berbanding perbelanjaan.
  • Portal pemilik baca sahaja, dengan log masuk sendiri, tanpa akses kepada unit orang lain.

Semua ciri, dijelaskan

Apa yang setiap ciri buat, untuk homestay dan sewa bulanan

Pilih jenis perniagaan anda untuk melihat ciri yang berkaitan.

  • Kalendar dan iCal sync

    HomestaySewa bulanan

    Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dua hala dengan mana mana saluran yang beri pautan iCal.

    Apa yang termasuk (5)
    • Import iCal berjadual setiap 15 minit, bukan hanya apabila anda membuka halaman.
    • Satu feed keluar per unit, dengan token rahsia, untuk ditampal ke Airbnb atau Booking.com.
    • Status feed dipaparkan: bila kali terakhir berjaya, dan apa yang gagal.
    • Tempahan langsung, tempahan saluran dan sewa jangka panjang duduk atas kalendar yang sama.
    • Blok manual untuk penyelenggaraan atau kegunaan sendiri.

    Apa yang ia tidak buat

    • iCal ialah kalendar, bukan API. Ia membawa tarikh dan status, bukan harga atau nama tetamu.
    • Saluran yang tidak menawarkan pautan iCal tidak boleh disegerakkan secara automatik.
  • Laman tempahan sendiri

    HomestaySewa bulanan

    Katalog awam berjenama anda sendiri, dengan tempahan dan bayaran terus, tanpa komisen setiap tempahan.

    Apa yang termasuk (5)
    • Halaman organisasi, halaman unit dan halaman bilik, semuanya awam dan boleh dikongsi.
    • Tempahan terus dengan bayaran atas talian atau bayaran manual yang direkod.
    • Kupon dengan had guna, tarikh sah dan skop unit tertentu.
    • Kempen bermusim dan pautan afiliasi yang setiap tebusannya direkod.
    • Permohonan tinjauan unit untuk penyewa jangka panjang.

    Apa yang ia tidak buat

    • Laman ini di bawah domain UrusPro, bukan domain anda sendiri.
    • Ia tidak menghantar unit anda ke Airbnb atau Booking.com. Itu kerja iCal dan senarai anda di sana.
  • Penyewa, jadual sewa, bil bulanan, deposit dan perjanjian penyewaan, dalam unit yang sama dengan homestay.

    Apa yang termasuk (6)
    • Rekod penyewa dengan tempoh sewa, kadar dan deposit.
    • Bil bulanan dijana mengikut jadual, bukan ditaip semula setiap bulan.
    • Lejar sewa yang menunjukkan apa dibil, apa dikutip dan apa tertunggak.
    • Perjanjian penyewaan dijana sebagai dokumen yang boleh dibaca dan dimuat turun.
    • Nota kredit untuk pelarasan, supaya bil asal tidak diubah selepas dihantar.
    • Deposit dijejak berasingan, kerana ia wang penyewa sehingga dipulangkan.

    Apa yang ia tidak buat

    • UrusPro tidak memfailkan cukai untuk anda. Ia menyimpan rekod yang anda perlukan untuk memfailkannya.
    • Perjanjian dijana daripada templat. Semakan undang undang tetap tanggungjawab anda.
  • Bayaran, invois dan resit

    HomestaySewa bulanan

    Bayaran atas talian melalui FPX dan kad, bayaran manual yang direkod, dan invois serta resit PDF berjenama.

    Apa yang termasuk (6)
    • Bayaran atas talian melalui Billplz atau CHIP, meliputi FPX dan kad.
    • Bayaran manual direkod dengan kaedah, tarikh dan rujukan.
    • Invois dan resit PDF dengan kepala surat, logo dan tandatangan organisasi.
    • Cop syarikat dilukis oleh sistem daripada nama dan nombor SSM anda, tiada muat naik diperlukan.
    • Bayaran balik dan nota kredit, dengan jejak yang kekal.
    • Tetapan gateway per organisasi, jadi setiap brand guna akaunnya sendiri.

    Apa yang ia tidak buat

    • Gateway atas talian ialah Billplz atau CHIP. Satu gateway aktif setiap organisasi pada satu masa.
    • DuitNow QR dan pindahan bank direkod, bukan disahkan secara automatik daripada penyata bank.
  • Operasi harian

    HomestaySewa bulanan

    Tugasan cleaning dan maintenance terbit sendiri selepas checkout, dengan vendor, status dan senarai semak.

    Apa yang termasuk (5)
    • Tugasan cleaning terbit automatik selepas checkout.
    • Tugasan maintenance yang dibuka bila bila masa, bukan terikat pada tempahan.
    • Direktori vendor dengan bidang kerja dan hubungan.
    • Status tugasan yang dikongsi, jadi kemajuan kelihatan tanpa perlu ditanya.
    • Perbelanjaan direkod terhadap unit, supaya laporan untung rugi bermakna.

    Apa yang ia tidak buat

    • Vendor perlu dijemput dan menerima jemputan sebelum mereka boleh melihat tugasan.
    • Tiada penjadualan crew secara automatik. Anda pilih siapa buat kerja mana.
  • Harga minimum, kadar weekday dan weekend berasingan, dan kadar musim puncak mengikut julat tarikh.

    Apa yang termasuk (5)
    • Harga asas per unit, dengan kadar weekday dan weekend berasingan.
    • Kadar musim mengikut julat tarikh, contohnya cuti sekolah atau perayaan.
    • Harga minimum yang menahan diskaun daripada jatuh terlalu rendah.
    • Harga satu malam yang ditetapkan sendiri, apabila anda tahu lebih baik daripada peraturan.
    • Cadangan harga berdasarkan permintaan pada tarikh berkenaan.

    Apa yang ia tidak buat

    • Harga tidak berubah sendiri. Cadangan dipaparkan, anda yang memutuskan.
    • Harga tidak ditolak ke Airbnb atau Booking.com, kerana iCal tidak membawa harga.
  • Ejen operasi

    HomestaySewa bulanan

    Semakan berjadual yang memberitahu apa yang perlu diberi perhatian, tanpa mengubah apa apa sendiri.

    Apa yang termasuk (6)
    • Semakan feed iCal yang sudah lama tidak berjaya.
    • Bayaran dan bil yang tertunggak.
    • Malam kosong dikumpulkan mengikut tarikh, dengan tindakan membuat kupon terus dari penemuan itu.
    • Senarai unit yang tidak lengkap dan menjejaskan tempahan.
    • Penemuan yang ditutup sendiri apabila punca sudah selesai.
    • Jalan sendiri setiap hari pada waktu pilihan anda, atau jalan bila anda tekan.

    Apa yang ia tidak buat

    • Ia melaporkan dan mencadang. Ia tidak menukar harga, tidak menghantar mesej, tidak membatalkan apa apa.
    • Ia melihat data dalam UrusPro sahaja, bukan inbox Airbnb anda.
  • Laporan dan portal pemilik

    HomestaySewa bulanan

    Tujuh laporan yang boleh dieksport sebagai CSV, dan portal baca sahaja untuk pemilik unit.

    Apa yang termasuk (5)
    • Tujuh laporan, termasuk rent roll dan pendapatan berbanding perbelanjaan.
    • Eksport CSV untuk dibuka dalam spreadsheet atau dihantar kepada akauntan.
    • Penyata pemilik per unit, dengan kutipan dan potongan.
    • Portal pemilik baca sahaja, dengan log masuk sendiri, tanpa akses kepada unit orang lain.
    • Perbelanjaan dan kos yang dikongsi diambil kira dalam untung rugi.

    Apa yang ia tidak buat

    • Eksport laporan ialah CSV. PDF hanya untuk invois, resit, dan deck prestasi daripada modul Performance.
    • Tiada ADR, RevPAR atau pecahan campuran saluran buat masa ini.
  • Kunci pintar

    HomestaySewa bulanan

    Kod masuk TTLock dijana per tempahan dan tamat sendiri selepas checkout.

    Apa yang termasuk (4)
    • Sambungan kepada akaun TTLock dan senarai kunci yang ada.
    • Kod masuk dijana per tempahan, terikat pada tarikh menginap.
    • Kod dipaparkan pada tempahan, sedia untuk dihantar kepada tetamu.
    • Kod lama tamat sendiri, bukan dipadam secara manual.

    Apa yang ia tidak buat

    • TTLock sahaja. Jenama kunci lain belum disokong.
    • Kunci perlu berada dalam talian melalui gateway TTLock untuk menerima kod.
  • Jemput staf dan vendor dengan kebenaran terperinci, dan urus beberapa brand dalam satu akaun.

    Apa yang termasuk (5)
    • Peranan admin, staf dan vendor dengan modul yang berbeza bagi setiap satu.
    • Berbilang organisasi dalam satu log masuk, dengan penukar organisasi.
    • Bangunan sebagai kumpulan unit, untuk portfolio yang berkelompok.
    • Pengasingan data di peringkat pangkalan data, bukan hanya di peringkat paparan.
    • Log masuk pemilik dan penyewa yang berasingan daripada log masuk staf.

    Apa yang ia tidak buat

    • Peranan adalah tetap. Anda belum boleh mereka peranan tersuai sendiri.
    • Pengguna yang dijemput perlu menerima jemputan sebelum akses bermula.

Semua ciri, setiap listing

Tiada pakej untuk dinaik taraf. Dari RM 3 sebulan.

Setiap listing membuka kesemua sepuluh ciri. Listing pertama percuma.

Tengok harga dulu

Soalan lazim tentang ciri

Ada soalan lain? Tanya kami

Boleh, melalui iCal. Pautan kalendar Airbnb ditarik masuk setiap 15 minit, dan setiap unit mempunyai feed keluar untuk ditampal ke Airbnb semula. iCal membawa tarikh dan status sahaja, bukan harga atau nama tetamu.

Cuba dengan listing pertama anda, percuma

Setup dalam satu petang. Tiada kad kredit, berhenti bila-bila masa.

  • Listing pertama percuma
  • Tiada kad kredit
  • Berhenti bila-bila masa