Templat percuma untuk tuan rumah
Templat percuma UrusPro ialah dokumen sedia guna untuk tuan rumah bilik dan rumah sewa di Malaysia: peraturan rumah, notis keluar, penyata pemulangan deposit, resit sewa dan peringatan bayar sewa. Setiap satu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, boleh disalin atau dicetak, dan diambil daripada wording yang digunakan dalam UrusPro sendiri.

Templat mana yang anda perlukan?

Peraturan rumah sewa
17 peraturan untuk bilik dan rumah kongsi, sedia untuk dilampirkan.

Notis keluar rumah sewa
Surat rasmi tarikh keluar, pemulangan kunci dan pemeriksaan unit.

Surat pemulangan deposit
Deposit dipegang, setiap potongan dan baki yang dipulangkan.

Resit sewa
Nombor resit, bulan sewa, jumlah dan cara bayaran dalam satu halaman.

Peringatan bayar sewa
Mesej sopan dengan jumlah, tarikh akhir dan akaun bank.
Dokumen mana untuk setiap peringkat?

- 1
Sebelum masuk
Lampirkan peraturan rumah pada perjanjian sewa, supaya penyewa tahu syaratnya sebelum kunci diserahkan.
- 2
Setiap bulan
Beri resit untuk setiap bayaran, dan hantar peringatan sopan beberapa hari sebelum tarikh akhir.
- 3
Bila keluar
Tetapkan tarikh keluar secara bertulis, kemudian pulangkan deposit dengan senarai potongan yang jelas.
Isi sendiri setiap kali, atau biar rekod yang mengisi?

Templat percuma
- Salin, kemudian isi nama, unit, jumlah dan tarikh sendiri
- Semak semula angka setiap kali sebelum dihantar
- Simpan salinan sendiri untuk setiap penyewa
- Sesuai untuk satu atau dua unit
Dalam UrusPro
- Tujuh surat penyewaan diisi terus daripada rekod penyewa
- Resit dengan kepala surat anda untuk bayaran yang direkod
- Ubah ayat surat sekali, dipakai untuk setiap penyewa
- Sesuai bila unit anda bertambah
Empat kesilapan yang menyusahkan tuan rumah
Terima bayaran tanpa resit
Bila ada pertikaian enam bulan kemudian, tiada bukti siapa bayar berapa dan bila.
Guna templat ini: Resit sewaNotis keluar secara lisan
Tarikh keluar yang tidak bertulis mudah dipertikaikan, dan sewa bulan terakhir ikut sama.
Guna templat ini: Notis keluar rumah sewaPotong deposit tanpa pecahan
Satu jumlah tanpa senarai nampak seperti angka rekaan, jadi penyewa pertikaikan semuanya.
Guna templat ini: Surat pemulangan depositPeringatan yang terlalu keras
Kebanyakan sewa lewat kerana terlupa. Mesej yang kasar merosakkan hubungan dengan penyewa yang baik.
Guna templat ini: Peringatan bayar sewa
Alat dan panduan yang berkaitan
Soalan lazim tentang templat
Ada soalan lain? Tanya kami
Ya. Semua templat percuma, tanpa pendaftaran. Salin atau cetak terus dari halaman templat.
Biar UrusPro isi untuk anda
Surat dan resit dijana daripada rekod penyewa, siap dengan nama, jumlah dan tarikh.
