Solusi

UrusPro untuk setiap cara anda menyewakan hartanah

UrusPro menyokong lima jenis operator di Malaysia: owner homestay, tuan rumah sewa bulanan, tuan rumah yang sublet bilik atau katil, pengurus hartanah yang mengurus unit untuk pemilik, dan operator asrama pekerja atau rumah kongsi. Semuanya menggunakan akaun, kalendar dan bil yang sama, dan yang berbeza hanyalah susunan unit serta modul yang anda buka.

Listing pertama percuma. Tiada kad kredit.

Dulu dan sekarang

Masalah yang anda tidak perlu hadapi lagi

  • Dulu

    Dua tetamu tempah tarikh yang sama dari Airbnb dan WhatsApp.

    Dengan UrusPro

    Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dengan Airbnb dan Booking.com setiap 15 minit. Tarikh ditutup sebaik tempahan disahkan.

  • Dulu

    WhatsApp jadi pejabat 24 jam: cara check in, minta resit, tanya bil.

    Dengan UrusPro

    Tetamu dan penyewa ada portal sendiri untuk tempahan, bil, resit dan arahan check in.

  • Dulu

    Hujung bulan: telefon penyewa satu-satu tanya sewa.

    Dengan UrusPro

    Bil bulanan terbit sendiri ikut jadual, dan lejar sewa tunjuk siapa sudah bayar dan siapa tertunggak.

  • Dulu

    Deposit RM 500 penyewa lama, sudah pulang atau belum?

    Dengan UrusPro

    Deposit direkod berasingan untuk setiap penyewa, dari masuk hingga dipulangkan.

  • Dulu

    Setiap tempahan di OTA potong yuran platform.

    Dengan UrusPro

    Laman tempahan anda sendiri, tetamu tempah terus tanpa komisen setiap tempahan.

  • Dulu

    "Bumbung bocor" tenggelam dalam kumpulan WhatsApp.

    Dengan UrusPro

    Permintaan penyelenggaraan dengan gambar dari portal, dengan status yang penyewa boleh lihat.

Pilih setup anda

Bagaimana anda menyewakan unit anda?

Sesuai untuk

Owner homestay

Sewa bermalam. Kalendar dan iCal sync dengan Airbnb dan Booking.com, laman tempahan sendiri dan kunci pintar.

Ciri yang anda paling guna

  • Kalendar dan iCal sync. Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dua hala dengan mana mana saluran yang beri pautan iCal.
  • Laman tempahan sendiri. Katalog awam berjenama anda sendiri, dengan tempahan dan bayaran terus, tanpa komisen setiap tempahan.
  • Harga, hujung minggu dan musim puncak. Harga minimum, kadar weekday dan weekend berasingan, dan kadar musim puncak mengikut julat tarikh.
  • Bayaran, invois dan resit. Bayaran atas talian melalui FPX dan kad, bayaran manual yang direkod, dan invois serta resit PDF berjenama.
  • Kunci pintar. Kod masuk TTLock dijana per tempahan dan tamat sendiri selepas checkout.

Mula

Mula dalam tiga langkah

  1. 1

    Daftar dan tambah unit anda

    Masukkan rumah, bilik atau katil satu-satu, atau import banyak unit dan penyewa sekali gus dari satu fail CSV.

  2. 2

    Sambung saluran dan bayaran

    Tampal pautan iCal Airbnb atau Booking.com, dan hidupkan bayaran FPX dan kad melalui Billplz atau CHIP.

  3. 3

    Terima tempahan dan kutip sewa

    Kongsi laman tempahan anda. Penyewa log masuk dengan nombor telefon untuk lihat bil dan bayar.

Terlalu sibuk? Pasukan kami boleh setup untuk anda, RM 50 setiap rumah. Cakap dengan kami dulu

Semua ciri, semua jenis operator

Ciri yang paling digunakan setiap jenis operator

Setiap listing membuka kesemua ciri. Tanda menunjukkan apa yang setiap jenis operator paling bergantung padanya.

Dibina untuk Malaysia

Kenapa operator di Malaysia memilih UrusPro

  • Harga dalam Ringgit

    Bayar dan dibayar dalam RM, dengan FPX, kad dan DuitNow QR.

  • Tiada komisen

    Satu bayaran setiap listing. Tempahan terus tidak dipotong apa-apa.

  • Dokumen yang nampak profesional

    Invois dan resit berkepala surat, dengan cop syarikat dijana dari nombor SSM anda.

  • Data anda selamat

    Dikendalikan mengikut PDPA 2010, dan setiap organisasi diasingkan di peringkat pangkalan data.

  • Data anda milik anda

    Eksport data anda bila-bila masa. Tiada kontrak, berhenti bila-bila masa.

  • Pasukan tempatan

    Cakap dengan pasukan kami di WhatsApp dalam Bahasa Melayu atau English.

Perniagaan campuran

Homestay dan sewa bulanan, dalam satu akaun

Unit yang sama boleh disewa harian dan bulanan. Tempahan tetamu, tempahan channel dan penyewa jangka panjang berada dalam kalendar yang sama, tanpa akaun kedua.

Satu harga untuk semua jenis operator. Dari RM 3 sebulan.

Setup mana yang sesuai untuk saya?

Ada soalan lain? Tanya kami

Tidak. Unit yang sama boleh disewa bermalam dan bulanan dalam satu akaun. Tempahan homestay, tempahan saluran dan sewa jangka panjang duduk atas kalendar yang sama.

Mulakan dengan listing pertama, percuma

Pilih jenis unit anda semasa setup. Tukar atau tambah bila-bila masa.

  • Listing pertama percuma
  • Tiada kad kredit
  • Berhenti bila-bila masa