Perbandingan

UrusPro berbanding spreadsheet

Spreadsheet percuma dan fleksibel, dan cukup untuk satu atau dua unit. Ia gagal apabila kalendar perlu sync dengan Airbnb, apabila bayaran perlu dikutip dan dicatat, dan apabila orang lain perlu guna data yang sama. UrusPro mengambil alih kerja itu, dengan listing pertama percuma, kemudian RM 10 sebulan setiap listing homestay dan RM 3 sebulan setiap bilik atau katil sewa.

Di mana Excel dan Google Sheets masih menang

  • Percuma, dan anda sudah tahu menggunakannya.
  • Boleh dibentuk ikut cara kerja anda sendiri, tanpa had.
  • Cukup baik untuk satu atau dua unit dengan booking yang jarang.

Kerja demi kerja

KerjaExcel dan Google SheetsUrusPro
Elak double bookingTampal tarikh Airbnb secara manual. Terlepas satu, dua tetamu sampai pada hari yang sama.iCal sync setiap 15 minit dengan Airbnb dan Booking.com, dan satu kalendar untuk semua unit.
Kutip bayaranHantar nombor akaun dalam WhatsApp, semak penyata bank, tanda dalam sheet.Kad, FPX, QR, pindahan bank atau tunai, dengan resit dan invois keluar sendiri.
Sewa bulananSatu baris per bulan, ditaip semula setiap bulan. Deposit diingat dalam kepala.Jadual sewa, bil bulanan automatik, deposit, perjanjian penyewaan dan nota kredit.
Kerja selepas checkoutWhatsApp kepada cleaner, dan harap dia baca.Tugas cleaning terbit sendiri selepas checkout, dengan status yang boleh dilihat.
Orang lain tolong urusHantar salinan fail. Dua salinan, dua kebenaran.Peranan staf dengan akses terhad pada satu set data yang sama.
Tahu untungKira sendiri hujung bulan, kalau sempat.Laporan occupancy, kutipan dan perbelanjaan setiap unit.

Soalan lazim

Boleh. Import listing dari fail Excel atau CSV, atau dari pautan listing sedia ada. Booking lepas boleh dimasukkan secara manual jika perlu.

Cuba UrusPro

Harga early bird RM 10 sebulan setiap listing homestay dan RM 3 setiap bilik sewa. Tiada komisen setiap tempahan.

  • Listing pertama percuma
  • Tiada kad kredit
  • Berhenti bila-bila masa