Dibina oleh host, untuk host
UrusPro bermula sebagai projek sampingan untuk selesaikan masalah homestay kami sendiri: double booking, maklumat guest hilang, dan spreadsheet bersepah. Hari ini ia menjadi sistem operasi untuk operator homestay yang serius di seluruh Malaysia. Satu akaun untuk stay bermalam dan sewa bulanan.

Operator dahulu
Setiap ciri dibina kerana ada operator sebenar meminta, bukan untuk menarik pelabur.
Harga adil
Pelan bulanan tetap. Kami tidak ambil sesen pun daripada booking anda.
Akar tempatan
Dibina di Malaysia. Kami faham FPX, SST, musim raya dan cara guest tempatan.
Kisah kami
Kami sendiri urus homestay. Kami tahu rasanya semak kalendar tiga kali pada pukul dua pagi, kejar team cleaning dalam WhatsApp, dan padankan pembayaran pada pagi Ahad.
Bila kami tak jumpa alat yang layan operator sebagai profesional, bukan sekadar tempelan di belakang OTA, kami bina sendiri. UrusPro adalah alat itu.
Kami team kecil di Kuala Lumpur. Kami bergerak pantas, kami dengar, dan kami lebih rela dapat yuran bulanan anda daripada komisen booking anda.
Apa yang UrusPro uruskan untuk operator?
- Kalendar dan iCal sync
Satu kalendar untuk semua unit, disegerakkan dua hala dengan mana mana saluran yang beri pautan iCal.
- Laman tempahan sendiri
Katalog awam berjenama anda sendiri, dengan tempahan dan bayaran terus, tanpa komisen setiap tempahan.
- Sewa jangka panjang
Penyewa, jadual sewa, bil bulanan, deposit dan perjanjian penyewaan, dalam unit yang sama dengan homestay.
- Bayaran, invois dan resit
Bayaran atas talian melalui FPX dan kad, bayaran manual yang direkod, dan invois serta resit PDF berjenama.
- Operasi harian
Tugasan cleaning dan maintenance terbit sendiri selepas checkout, dengan vendor, status dan senarai semak.
- Harga, hujung minggu dan musim puncak
Harga minimum, kadar weekday dan weekend berasingan, dan kadar musim puncak mengikut julat tarikh.
- Ejen operasi
Semakan berjadual yang memberitahu apa yang perlu diberi perhatian, tanpa mengubah apa apa sendiri.
- Laporan dan portal pemilik
Tujuh laporan yang boleh dieksport sebagai CSV, dan portal baca sahaja untuk pemilik unit.
- Kunci pintar
Kod masuk TTLock dijana per tempahan dan tamat sendiri selepas checkout.
- Pasukan, peranan dan berbilang organisasi
Jemput staf dan vendor dengan kebenaran terperinci, dan urus beberapa brand dalam satu akaun.
Apa yang kami tidak akan buat?
Ambil komisen daripada tempahan anda
Anda bayar yuran bulanan yang tetap. Tempahan anda kekal 100% milik anda.
Pegang duit tetamu anda
Bayaran masuk terus ke gateway anda sendiri, bukan melalui akaun kami.
Reka testimoni atau angka
Angka operator di laman ini diukur daripada sistem, dan kami hanya memetik operator yang bersetuju.
Bayar ikut listing, bukan ikut tempahan
Listing pertama percuma selama-lamanya. Tiada komisen, tiada bayaran tersembunyi.
Bilik sewa
RM 3
Homestay
RM 10
Homestay dan sewa
RM 13
Banyak unit? Enterprise RM 800 setahun untuk listing tanpa had (harga biasa RM 1,500).
Soalan tentang UrusPro
UrusPro ialah sistem yang digunakan operator untuk urus unit, tempahan, sewa dan bayaran. Hellostay ialah katalog awam di mana tetamu mencari dan menempah unit operator tersebut.
Cuba UrusPro
Listing pertama percuma. Harga early bird RM 10 sebulan setiap listing homestay, RM 3 setiap bilik sewa. Tiada komisen setiap tempahan.
