Untuk owner homestay

Customer booking sendiri.
Tak perlu urus semuanya di WhatsApp.

UrusPro ialah sistem pengurusan homestay Malaysia untuk owner yang urus unit sendiri. Satu kalendar untuk semua unit dengan sync iCal menghalang double-booking, pautan tempahan terus mengelak komisen OTA, kadar hujung minggu dan musim dikenakan ikut tarikh, dan tugasan cleaning terbit selepas checkout. Listing pertama percuma, kemudian RM 10 sebulan setiap listing pada harga early bird.

Listing pertama percuma
  • Sync kalendar Airbnb dan Booking.com setiap 15 minit
  • Tiada komisen untuk tempahan terus
  • Invois dan resit PDF berjenama
  • Dibina bersama operator homestay sendiri

Kalau pernah rasa benda ni, anda datang ke tempat yang betul.

Telefon di meja sisi katil pada tengah malam penuh mesej, dengan kalendar yang menunjukkan dua tempahan bertindih

Double-booking mimpi ngeri

Dua guest book tarikh sama. Satu dah bayar deposit. Mana nak refund siapa? Bila tiba hari, dua orang tiba. Tuan rumah kelam-kabut. Reputation rosak.

WhatsApp jadi pejabat 24 jam

Pukul 11 malam guest tanya: 'Macam mana nak check-in?' Pukul 2 pagi satu lagi: 'Boleh send resit?' Anda buka mata. Anda layan. Anda penat.

Platform booking makan margin

Guest bayar mahal. Anda dapat kurang. Setiap booking kena potong platform fee, promo fee, dan caj tersembunyi, padahal rumah anda sendiri.

Rate lupa tukar musim perayaan

Raya, cuti sekolah, 11.11: semua orang cari. Anda masih charge RM 100/malam. Bilik dah booked sebelum anda sedar. Musim depan je la.

Satu platform untuk kalendar, tempahan, bayaran dan operasi.

Booking calendar: semua unit, satu skrin

Tengok availability, confirm booking dan block tarikh dari phone. Tarikh terus diblock bila booking confirm. Sync dengan Airbnb dan Booking.com via iCal setiap 15 minit.

Bayaran atas talian atau manual, satu rekod

Guest bayar dengan FPX atau kad melalui Billplz atau CHIP. DuitNow QR, pindahan bank dan tunai anda semak dan rekod sendiri. Setiap bayaran dapat resit PDF.

Push notification untuk perkara penting

Booking baru, bayaran masuk dan request guest: anda dapat notifikasi. Shortcut WhatsApp ke guest, satu tap.

Portal guest + walk-in QR

Letak QR dalam bilik. Guest walk-in scan dan aktifkan akaun sendiri dengan nombor telefon, terus dipautkan ke unit anda.

Kadar hujung minggu dan musim

Set harga asas, kadar hujung minggu, kadar musim ikut julat tarikh dan harga minimum. Cuti umum Malaysia dipaparkan dalam kalendar, dan cadangan harga ditunjuk untuk anda putuskan.

Profil guest + IC

Maklumat guest tersimpan dalam satu profil: IC, nombor telefon dan sejarah penginapan. Gambar IC disimpan dalam storan persendirian.

Dari sign up sampai terima booking.

Tiga batu loncatan: telefon dengan mesej, rumah dengan pautan, dan telefon dengan tanda betul serta syiling
  1. 1
    Chat via WhatsApp

    Kami bantu anda 1-on-1. Setup unit, gambar dan harga, dan unit anda terpapar untuk ditempah.

  2. 2
    Kongsi link. Terima booking.

    Guest book dan dapat pengesahan. Anda dapat notifikasi. Kalau kunci pintar TTLock disambung, kod pintu dihantar melalui WhatsApp selepas bayaran.

  3. 3
    Bayaran masuk, rekod lengkap.

    Bayaran atas talian dan bayaran manual masuk ke rekod yang sama, dengan resit PDF.

Percuma selamanya

Listing pertama anda percuma. Bukan percubaan.

Semua modul dibuka dan tiada kad kredit diperlukan. Selepas itu, harga early bird hanya RM 10 sebulan setiap listing homestay dan RM 3 setiap bilik sewa.

Mula percuma

Pricing jelas. Tiada hidden fees.

Bayar setiap listing, ikut cara ia disewa. Listing pertama percuma.

Early bird
Bilik sewa
RM 3/listing/bulan

Setiap bilik atau katil yang disewa bulanan. Listing pertama percuma.

  • Harga biasa RM 5
  • Bil sewa, deposit dan resit
  • Semua modul
Early bird
Homestay
RM 10/listing/bulan

Setiap listing yang disewa harian. Listing pertama percuma.

  • Harga biasa RM 19
  • Kalendar, sync iCal dan tempahan terus
  • Semua modul
Early bird
Homestay dan sewa
RM 13/listing/bulan

Listing yang dibuka untuk tetamu harian dan penyewa bulanan.

  • Harga biasa RM 25
  • Tahunan: bayar 10 bulan, dapat 12
  • Semua modul

Masih ada soalan? WhatsApp kami dulu

Listing pertama percuma. Harga early bird RM 10 sebulan setiap listing homestay, RM 13 jika listing yang sama turut disewa bulanan. Harga biasa RM 19. Semua pelan membuka modul yang sama. Caj gateway Billplz atau CHIP dikenakan oleh gateway, bukan UrusPro.

Apa yang owner selalu tanya sebelum mula?

Ada soalan lain? Tanya kami

Smartphone dah cukup. UrusPro direka untuk phone dahulu: approve booking, tengok payment dan balas request dari phone anda.