Untuk owner bisnes sublet

Bisnes bilik sewa lebih tersusun.
Kurang kejar, kurang cari.

UrusPro ialah sistem pengurusan sewa untuk pemilik rumah dan bilik sewa di Malaysia. Jadual sewa bulanan dijana sekali, bil terbit pada tarikh bayar dengan pautan FPX atau kad, dan resit PDF keluar selepas bayaran direkod. Deposit dijejak berasingan dan baki tertunggak setiap unit terpapar dalam satu lejar.

Listing pertama percuma
RM 1,240 masuk
DuitNow QR · 12 saat lalu
  • Bil terbit sendiri pada tarikh bayar
  • Deposit dijejak berasingan daripada sewa
  • Invois dan resit PDF berjenama
  • Portal penyewa untuk bayar dan aduan

Kalau ni rasa familiar, anda memang patut baca habis.

Meja tuan rumah dengan buku catatan sewa, bil utiliti, kalkulator, syiling dan kunci bilik bernombor

Hujung bulan = masa paling stress

Mana sewa unit A? Unit B belum masuk lagi. WhatsApp tak reply. Kena call satu-satu. Anda angkat telefon, penyewa pula tak angkat.

Deposit masuk dan keluar, langsung tak ingat

Tenant dah keluar 3 bulan. Deposit RM 500 tu dah pulang ke belum? Cari dalam WhatsApp. Cari bank statement. Tak jumpa. Tenant pulak tanya.

Maklumat penyewa? Entah dalam folder mana

Nombor kecemasan, perjanjian, tarikh masuk. Drive? Phone? Printed bawah buku lain? Bila benda jadi, baru cari kelam-kabut.

Maintenance request tenggelam dalam DM

'Atap bocor' masuk WhatsApp group jam 11 malam. 3 hari kemudian anda baru nampak. Tenant marah, kontraktor pun susah nak panggil last minute.

UrusPro bagi penyewa cara senang untuk bayar, dan bagi anda rekod yang lengkap setiap bulan.

Bil terbit pada tarikh bayar, penyewa dapat notifikasi

Pada tarikh bayar, bil dengan pautan FPX atau kad terbit sendiri dan penyewa dapat notifikasi. Nak ingatkan awal? Mesej WhatsApp sudah ditulis, anda hantar dengan satu tekan dari nombor anda sendiri.

Portal penyewa: bayar dan hantar aduan sendiri

Penyewa log masuk dengan nombor telefon dan kata laluan. Bayar atas talian melalui Billplz atau CHIP. Bayaran tunai, pindahan bank atau DuitNow QR anda rekod sendiri dalam sistem.

Rekod penyewa dan perjanjian, tersimpan elok

Setiap penyewa ada rekod dengan tempoh sewa, kadar, deposit dan nombor kecemasan. Perjanjian penyewaan dijana daripada templat sebagai dokumen yang boleh dimuat turun.

Deposit dijejak berasingan daripada sewa

Berapa deposit masuk, berapa dipulangkan, berapa ditolak. Laporan deposit ada dalam satu skrin dan boleh dieksport sebagai CSV.

Penyewa hantar aduan dengan gambar

Paip bocor, aircond rosak: penyewa hantar aduan maintenance dalam portal dengan gambar. Aduan masuk ke senarai anda, bukan tenggelam dalam DM.

Sejarah bayaran per unit, per penyewa

Lejar sewa tunjuk apa dibil, apa dikutip dan apa tertunggak. Penyata penyewa dan rent roll boleh dieksport sebagai CSV untuk rekod cukai anda.

Setup unit dulu. Bil pertama terbit sendiri.

Tiga batu loncatan: telefon dengan mesej, rumah dengan pautan, dan telefon dengan tanda betul serta syiling
  1. 1
    Chat via WhatsApp

    Kami bantu anda 1-on-1. Setup unit, harga sewa dan tarikh bayar, dan masukkan maklumat penyewa sedia ada.

  2. 2
    Penyewa dapat akses portal

    Penyewa log masuk dengan nombor telefon untuk tengok bil, bayar dan hantar aduan maintenance.

  3. 3
    Bayaran masuk, rekod terkini

    Bayaran atas talian dan bayaran manual yang anda rekod masuk ke lejar yang sama, dengan resit PDF.

Percuma selamanya

Listing pertama anda percuma. Bukan percubaan.

Semua modul dibuka dan tiada kad kredit diperlukan. Selepas itu, harga early bird hanya RM 10 sebulan setiap listing homestay dan RM 3 setiap bilik sewa.

Mula percuma

Pricing jelas. Tiada hidden fees.

Bayar setiap listing, ikut cara ia disewa. Listing pertama percuma.

Early bird
Bilik sewa
RM 3/listing/bulan

Setiap bilik atau katil yang disewa bulanan. Listing pertama percuma.

  • Harga biasa RM 5
  • Bil sewa, deposit dan resit
  • Semua modul
Early bird
Homestay
RM 10/listing/bulan

Setiap listing yang disewa harian. Listing pertama percuma.

  • Harga biasa RM 19
  • Kalendar, sync iCal dan tempahan terus
  • Semua modul
Early bird
Homestay dan sewa
RM 13/listing/bulan

Listing yang dibuka untuk tetamu harian dan penyewa bulanan.

  • Harga biasa RM 25
  • Tahunan: bayar 10 bulan, dapat 12
  • Semua modul

Masih ada soalan? WhatsApp kami dulu

Listing pertama percuma. Harga early bird RM 3 sebulan setiap bilik atau katil yang disewa bulanan; harga biasa RM 5. Semua pelan membuka modul yang sama. Caj gateway Billplz atau CHIP dikenakan oleh gateway, bukan UrusPro.

Apa yang owner selalu tanya sebelum mula?

Ada soalan lain? Tanya kami

Pada tarikh bayar, bil terbit sendiri dan penyewa dapat notifikasi dalam app. Peringatan awal melalui WhatsApp tidak dihantar sendiri: mesej sudah ditulis, dan anda hantar dengan satu tekan dari nombor anda.