Berapa komisen OTA yang anda bayar setahun?
Masukkan hasil bulanan melalui OTA dan kadar komisen anda. Kalkulator menunjukkan komisen setahun, dan berapa yang kekal di tangan anda jika sebahagian tetamu menempah terus. Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda; tiada apa yang dihantar ke mana-mana. Percuma dan tanpa pendaftaran.
- Hasil OTA setahun
- RM 96,000
- Komisen dibayar setahun
- RM 14,400
- Hasil yang berpindah ke tempahan terus
- RM 28,800
- Komisen yang dijimatkan
- RM 4,320
- Kos langganan setahun
- - RM 120
- Lebihan di tangan anda
- RM 4,200
Bagaimana komisen makan untung anda tanpa disedari?
Ia dikenakan pada setiap tempahan
Termasuk tetamu yang sudah kenal anda dan kembali untuk kali ketiga.
Ia naik bila jualan naik
Bulan yang paling sibuk ialah bulan anda bayar komisen paling banyak.
Ia tidak nampak dalam akaun bank
Anda terima bayaran bersih, jadi jumlah setahun jarang dikira.
Tiga cara untuk kurangkan komisen mulai bulan ini
Bawa tetamu yang kembali ke laman anda
Laman booking berjenama anda sendiri, tanpa komisen setiap tempahan.
Jual di dua tempat tanpa double booking
Kalendar Airbnb dan Booking.com ditarik setiap 15 minit ke satu kalendar.
Terima bayaran terus
FPX, kad atau pindahan bank masuk ke gateway anda sendiri, dengan resit keluar sendiri.
Bayar ikut listing, bukan ikut tempahan
Listing pertama percuma selama-lamanya. Tiada komisen, tiada bayaran tersembunyi.
Bilik sewa
RM 3
Homestay
RM 10
Homestay dan sewa
RM 13
Banyak unit? Enterprise RM 800 setahun untuk listing tanpa had (harga biasa RM 1,500).
Soalan lazim
Ada soalan lain? Tanya kami
Kadar berbeza mengikut platform, jenis penyenaraian dan pasaran, dan ia berubah. Semak kadar sebenar dalam akaun anda dan masukkan angka itu ke dalam kalkulator ini, kerana angka purata yang dipetik di internet selalunya bukan kadar anda.
Kalkulator lain untuk operator homestay
Laman booking anda sendiri
Tempahan terus tanpa komisen, dengan kalendar yang kekal selari dengan OTA.
