Pusat bantuan

Urus langganan UrusPro

Bayar setiap listing live ikut cara ia disewa. Listing pertama percuma.

Skrin Billing menunjukkan berapa listing anda ada, bil seterusnya, tarikh due dan invois yang masih tertunggak. UrusPro dikenakan setiap listing live, ikut cara ia disewa, dan listing pertama anda percuma. Harga early bird ialah RM 10 sebulan setiap listing homestay dan RM 3 sebulan setiap bilik atau katil sewa bulanan.

Berapa saya bayar?

  • Homestay (sewa harian sahaja): RM 10 sebulan setiap listing.
  • Bilik sewa (sewa bulanan sahaja): RM 3 sebulan setiap bilik atau katil. Setiap bilik atau katil ialah listing sendiri.
  • Homestay dan sewa (dibuka untuk kedua duanya): RM 13 sebulan setiap listing.

Listing anda yang paling lama tidak dikenakan bayaran. Contoh: satu listing homestay dan empat bilik sewa, dengan listing homestay sebagai yang paling lama, bermakna 4 kali RM 3, iaitu RM 12 sebulan. Satu listing sahaja bermakna percuma dan tiada invois dikeluarkan. Bahagian Your plan menunjukkan bilangan setiap jenis dan jumlah invois seterusnya.

Bulanan atau tahunan?

Di bahagian Your plan, pilih Monthly atau Yearly. Tahunan bayar 10 bulan dan dapat 12, dalam satu invois setahun. Pilihan ini berkuat kuasa pada invois seterusnya.

Bagaimana membayar invois?

  1. Tekan Pay invoice pada baris invois. Butiran bank dan QR platform dipapar di situ.
  2. Buat pindahan, kemudian muat naik bukti bayaran dalam dialog yang sama.
  3. Admin platform menyemak bukti itu sebelum invois dikira selesai.

Apa yang ia tidak buat

Tiada auto debit dan tiada kad tersimpan. Tiada komisen atas tempahan. Jika langganan digantung atau dibatalkan, anda tidak boleh menerbitkan listing baharu sehingga tunggakan dijelaskan.